SEORANG lelaki bertindak ganas dengan mengayun penyodok ke kepala pengurus pasar raya dalam kejadian mengejutkan di sebuah pasar raya di Brazil Sabtu lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada 18 Januari itu, insiden terbabit dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima isterinya di tempat kerja.
Suspek, Danielson Martins Paiva, 29, didapati memasuki pasar raya tersebut sambil meninjau peralatan taman sebelum memilih sebuah penyodok.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Danielson dilihat berjalan tenang ke bahagian hadapan kedai sambil membawa penyodok itu di bahunya.
Mangsa yang juga pengurus pasar raya, Claudio Soares dos Santos, 40, pada waktu kejadian dilihat sedang bercakap di telefon dan tidak menyedari kehadiran Danielson.
Seorang lelaki bertindak ganas dengan menghayun penyodok ke kepala pengurus pasar raya dalam kejadian mengejutkan di sebuah pasar raya di Brazil Sabtu lalu. pic.twitter.com/pLKYwc6Gtg
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 22, 2025
Tanpa amaran, Danielson menghayunkan penyodok ke arah kepala Claudio, menyebabkan mangsa terjatuh serta-merta.
Impak kuat pukulan itu turut menyebabkan telefon pintar mangsa tercampak.
Rakaman turut menunjukkan Claudio sempat memegang kepalanya yang cedera sebelum beberapa pekerja dan pelanggan tampil memberikan bantuan.
Sementara itu, Danielson berjaya ditahan oleh kakitangan keselamatan pasar raya.
Hasil siasatan awal mendapati Danielson bertindak sedemikian kerana berang setelah isterinya mengadu tentang tekanan kerja serta permintaan cutinya yang ditolak oleh pihak pengurusan.
Ketua Polis Sinop, Sergio Ribeiro, menyifatkan tindakan Danielson sebagai tidak berperikemanusiaan.
“Danielson mendakwa dia hanya mahu bersemuka dengan Claudio tersebut tetapi takut kerana saiznya yang lebih besar.
“Tindakannya menyerang mangsa dari belakang adalah satu perbuatan pengecut yang boleh membawa maut,” katanya.
Sementara itu, Claudio, yang mengalami kecederaan serius pada kepala, memberitahu bahawa telefon bimbitnya mungkin telah menyelamatkan nyawanya.
“Telefon saya pecah dalam telinga akibat pukulan tersebut, dan saya memerlukan jahitan.
“Namun, telefon itu melindungi saya daripada menerima kesan penuh pukulan,” ujarnya.
Mangsa kini telah keluar dari hospital dan sedang berehat di rumah. Sementara itu, suspek ditahan reman dan berdepan dakwaan cubaan membunuh.
Baca juga :
Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata
Anggota polis dihantui detik hitam, pemuda tikam, sembelih ibu bapa depan mata
Leave a Reply