{VIDEO} ‘Benarlah kerosakan di bumi adalah dari tangan-tangan manusia sendiri’ – Sambut hari jadi di lokasi tumpuan tapi sampah buang merata

PETALING JAYA – ‘Mentaliti kelas rendah’.

Itu mungkin istilah yang sesuai bagi menggambarkan sikap sesetengah pengunjung yang tidak menjaga etika semasa berkunjung ke sebuah lokasi tumpuan dengan membuang sampah di merata-rata sehingga mencemarkan pandangan.

Menerusi perkongsian video di TikTok milik akaun Fiza.husin, lokasi tumpuan di Sekinchan, Selangor itu merupakan lokasi kegemaran orang ramai untuk bergambar namun, baru-baru ini terdapat sekumpulan individu menyambut sambutan hari jadi dan kemudian meninggalkan sampah dekorasi begitu sahaja.

“Tidak ada sikap bertanggungjawab langsung, jangan sampai penduduk kampung membuat pagar mengelilingi kawasan itu dan melarang kalian dari memasuki lokasi tersebut,” katanya menerusi ruangan kapsyen video tersebut.

Sementara itu, menerusi ruangan komen video tersebut orang ramai melahirkan rasa kesal dan mengecam dengan tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pengunjung.

“Sedihlah sikap orang kita,” ujar pengguna akaun @shessd88.

“Ini tanggungjawab bersama, anda semua khalifah sama-sama kita menjaga bumi ini,” kata pengguna akaun @shadymohd1980.

“Sesungguhnya kerosakan di bumi adalah dari tangan-tangan manusia sendiri,” kata pengguna akaun @adellalee.

Perkongsian video tersebut tular di media sosial dan mencecah 1.8 juta tontonan dan mendapat 126.4 ribu tanda suka.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*