{VIDEO} “Baru nak ‘roger’ kawan…” Lelaki terkejut abam JPJ tercegat depan mata jadi bahan tawa netizen

“Baru nak ‘roger’ kawan…” Lelaki terkejut abam JPJ tercegat depan mata jadi bahan tawa netizen.

Cubaan seorang lelaki untuk menyelamatkan geng motornya menjadi bahan tawa netizen susulan mengenangkan nasib malangnya selepas dia membuat panggilan telefon di tepi jalan.

Menerusi perkongsian MatAyihh di Tiktok, menyaksikan gelagat lelaki berkenaan yang sepertinya sedang gelisah ketika menghubungi seseorang sambil kepalanya tidak henti menoleh ke belakang.

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat sosok tubuh anggota JPJ sedang berdiri di hadapan motosikalnya.

Namun, pemilik akaun tidak membahaskan lebih lanjut samada lelaki itu dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Melihat kegigihannya membuatkan netizen berseloroh andai info yang ingin disampaikan kepada gengnya diterima ataupun sebaliknya.

"Baru nak 'roger' kawan..." Lelaki terkejut abam JPJ tercegat depan mata jadi bahan tawa netizen

 

Bukan itu sahaja, ruangan komen turut dipenuhi dengan pelbagai respon yang rata-ratanya mentertawakan penunggang motosikal itu sambil membayangkan nasibnya berdepan anggota terbabit.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*