{VIDEO} ‘Barang panas gaiss!’, Yamaha 125ZR kena rembat jadi bualan hangat

SEBUAH video memaparkan kes kecurian motor dipercayai berlaku di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tersebar di Facebook pada Sabtu.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan dua orang lelaki bertindak membawa lari sebuah motor jenama Yamaha 125ZR tanpa disedari orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada Jumaat itu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di kawasan berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, selepas menyedari motosikal dicuri, dua orang individu dipercayai rakan kepada pemilik kenderaan terbabit berlari melintas jalan untuk mengejar suspek, namun tindakan mereka gagal.

Difahamkan, rakan tersebut hanya sempat berpaut pada belakang motosikal, sebelum jatuh terseret di atas jalan.

Pemilik memuat naik beberapa gambar dan video kejadian di Facebook bernama Puteri Nabila dan meminta jasa baik orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kecurian tersebut untuk menghubunginya.

“Minta jasa baik korang mungkin kereta yang lalu (jalan) ni ada dashcam (rakaman kamera papan pemuka) nampak nombor plat pencuri ni minta PM (di Facebook),” katanya dalam satu hantaran.

Dalam pada ramai yang bersimpati atas nasib menimpa wanita berkenaan, terdapat segelintir komen daripada warganet yang mempersoalkan tindakan mangsa yang didakwa tidak mengunci motosikal itu dengan baik sehingga ia mudah untuk dicuri.

“Pakai motor hot janganlah main letak macam tu saja. Lock lah sebanyak mungkin sebab harga lock tidak semahal harga motor,” kata Ming Usin.

“Aduhai motor panas kalau boleh jangan (parkir) di situ, confirm orang angkut. Tak kisah berapa banyak lock harap dipermudahkan segala urusan,” ujar Harris Asyraf.

“125ZR kekal hot, barang panas. Tinggal lima minit pun silap tinggal tapak sajalah. Nak guna 125 ni kena selalu lock pendua. Kalau lima minit pun, penyangak ni buat kerja guna saat, bukan minit,” tulis Aqi A Rahmah.

Belum ada kenyataan pihak polis berhubung kejadian itu setakat ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*