{VIDEO} “Bahana parkir ‘double park’…” Pemilik Viva undang ‘bala’, cermin sisi dipecah orang awam

“Bahana parkir ‘double park’…” Pemilik Viva undang ‘bala’, cermin sisi dipecah orang awam. Ruang tempat letak kereta yang kurang di sesuatu kawasan sememangnya menyukarkan orang awam untuk meletakkan kenderaan mereka.

Namun, itu bukan bermakna mereka boleh meletakkan kenderaan sesuka hati sepertimana yang dilakukan oleh pemilik kereta Perodua Viva ini.

Menerusi video tular, menyaksikan keberadaan kereta Viva berkenaan parkir berdekatan dengan sebuah kereta jenis ‘sport’ berwarna hitam di hadapan klinik.

Hal itu sekaligus menyukarkan pemilik kereta hitam sukar untuk mengeluarkan kenderaannya dari ruang berkenaan kerana saiznya yang sedikit besar dan panjang.

Adapun begitu, rata-ratanya beranggapan bahawa tindakan pemilik kereta hitam itu agak keterlaluan kerana merosakkan harta orang awam.

Namun, dalam waktu sama bersetuju jika itu bertujuan sebagai pengajaran buat individu yang gemar meletakkan kenderaan sesuka hati sepertinya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*