Tular dalam media sosial video rakaman orang awam yang memaparkan sebuah lori meletup dan terbakar di tepi Lebuh Raya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), tengah hari semalam.
Ramai yang mendakwa kenderaan berat itu membawa muatan mercun kerana menghasilkan bunyi letupan yang kuat disusuli api marak.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar bagaimanapun mengesahkan lori tersebut membawa muatan bateri.
Menurutnya, anggota bomba menerima panggilan pada pukul 12.35 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sembilan kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.
Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori satu tan yang mana nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti membawa muatan bateri terbakar 100 peratus.
Walau bagaimanapun, operasi yang disertai tujuh anggota dan sebuah jentera itu tidak melibatkan sebarang mangsa.
Turut baca :
- Vietnam lubuk jenayah pemerdagangan manusia, mangsa luah dipaksa makan babi, rayu rakyat M’sia elak kena ‘scam’
- {VIDEO} Lima maut termasuk budak 4 tahun dalam tragedi ngeri selepas tali sauh putus libas penumpang kapal
- Pelancong ‘gadai nyawa’ bergambar di jalan raya KLCC, Bukit Bintang undang rasa kurang senang warga kota
Leave a Reply