{VIDEO} “Atas jalan orang tidak marah” – Geng pemandu lori protes depan pejabat, berang JPJ cari salah sampai dalam kuari

SEKUMPULAN pemandu lori membuat protes tunjuk perasaan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Terengganu pada Ahad.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Amirudin Abdullah di Facebook, pemandu-pemandu lori tersebut dilihat memenuhi pekarangan JPJ sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan selama ini.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh beberapa warganet, difahamkan protes tersebut berpunca daripada tindakan JPJ yang secara berterusan mencari kesalahan pemandu lori sehingga ke dalam kawasan kuari, dan bukannya di atas jalan.

Kuari adalah kawasan atau lokasi menjalankan kegiatan perlombongan bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit.

Pada masa yang sama, mereka dilihat cuba untuk masuk ke dalam namun dihalang oleh beberapa pengawal keselamatan di lokasi kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan geng pemandu lori tersebut kerana dilihat seperti suatu penaniyaan terhadap mereka.

“Atas jalan orang tidak marah, sampai dalam kuari masuk saman juga. Itu orang pertikai, pepatah kata, meluntur buluh biar daripada rebungnya,” komen Irwan Mohd.

“Kadang-kadang perlukan protes seperti ini, setakat duduk kecam dalam ni (media sosial) mereka (JPJ) senyum sahaja. Ada isu lebih besar sebenarnya perlu diutamakan di jalan raya,” tulis Tupa Zr.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JPJ Terengganu berhubung kejadian setakat ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*