“Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni…” Lelaki lagak samseng pukul warga emas lepas kemalangan.
Dua lelaki bertindak di luar kawalan dengan memukul seorang warga emas selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan di sebuah kawasan baru-baru ini.
Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @MohamadYusofBi6 pada Khamis, salah seorang daripadanya dilihat menumbuk pintu kereta sehingga mengenai warga emas itu sebelum kemudiannya seorang lagi datang dan bertindak sedemikian.
Dalam video itu, lelaki kedua itu dilihat keluar dari sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) sambil dikerumuni beberapa orang awam yang berusaha menenangkan keadaan.
“Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni. Janganlah terjadi begini kepada keluarga kita. Orang tua saja pun. Dah nak jadi kemalangan,” tulisnya.
Pada masa sama, seorang lagi masih tidak berhenti mengasari lelaki tua itu serta sempat dilihat membuat sepakan di kawasan kereta mangsa.
Bonet depan kereta mangsa juga kelihatan rosak dan kemik dipercayai impak daripada pelanggaran ketika kemalangan berlaku.
Namun, keadaan serta identiti mangsa masih tidak dapat dipastikan lagi.
Apa nak jadi dgn manusia sekarang ni. Jgn lah terjadi begini kpd keluarga kita. Org tua ja pun. Dah nak jadi kemalangan. Adalah perikemanusiaan. pic.twitter.com/XRfYnRdmR3
— Mohamad Yusof Bin Yahya (@MohamadYusofBi6) January 11, 2024
Leave a Reply