{VIDEO} Angkara tengok maps, gadis 19 tahun maut, kereta berpusing selepas rempuh pembahagi jalan

SATU tragedi menimpa seorang gadis berusia 19 tahun apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda yang dipandu mangsa terbabas di Ulu Tiram, Johor pada pukul 3.42 petang Sabtu.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan sebuah kereta berwarna putih terbabas merempuh pembahagi jalan yang terdapat di laluan kanan jalan raya.

Menurut saksi, Nur Hayati mendakwa, pada ketika itu, pemandu kenderaan terbabit melihat aplikasi peta jalan (maps) untuk pulang ke rumah sebelum merempuh pembahagi jalan.

Kejadian itu mengakibatkan kenderaan itu berpusing beberapa kali sebelum terbalik di tengah-tengah jalan raya.

Turut dilihat, cermin hadapan kenderaan terbabit pecah sehingga mengeluarkan beberapa barangan yang berada di dalam kereta itu.

Beberapa saksi kejadian yang melalui kawasan berkenaan panik dan menjerit apabila melihat situasi ngeri itu yang berlaku di hadapan mata mereka.

“Allahuakbar, Astaghfirullah,” kata seorang saksi menerusi rakaman dashcam.

Pemandu kenderaan itu yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Sultan Ismail.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia dan waris mangsa sudah dapat dihubungi.

Identiti sebenar mangsa masih belum dapat dikenal pasti sementara belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung nahas itu setakat ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*