SATU kebakaran berlaku di sebuah rumah dipercayai dikhianat oleh pemberi pinjaman wang tanpa lesen (along) di Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Kejadian itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng selepas menerima aduan daripada seorang individu pada Selasa.
Menurutnya, along tersebut bertindak membakar rumah milik ibu bapa peminjam yang sudah meninggal dunia.
Saya terima aduan ah long membakar rumah ibu bapa di Desa Jaya, Kepong, walaupun anak mereka telah meninggal dunia akibat dipercayai terjatuh dari tingkat tinggi sebuah hotel di Johor.
Dua laporan @PDRMsia telah dibuat. pic.twitter.com/8bGtiulVSt— LIM LIP ENG (@limlipeng) January 21, 2025
“Saya terima aduan along membakar rumah ibu bapa di Desa Jaya, Kepong walaupun anak mereka telah meninggal dunia akibat dipercayai terjatuh dari tingkat tinggi sebuah hotel di Johor,” katanya menerusi hantaran di X pada Selasa.
Dalam hantaran sama, beliau juga memuat naik video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki dipercayai along terbabit membaling sesuatu objek hingga menyebabkan kebakaran di kawasan pagar.
Dia turut dilihat sempat menampal satu kertas sebelum melarikan diri dari kawasan kejadian.
Lip Eng kemudiannya memaklumkan bahawa sebanyak dua laporan polis berhubung kejadian sudah dilakukan.
Baca juga :
Tiada pihak pukul suami datang minta maaf, tetap teruskan saman, kata isteri lelaki OKU
‘Kantoi’ palsukan dokumen bantuan sekolah, Guru Besar didenda RM20, 000
Leave a Reply