{VIDEO} “Alamak, baju pun dah tak selamat.. Ingat orang je kena ‘culik’

Seorang lelaki yang memandu kereta dipercayai Proton Gen2 berwarna biru disyaki mencuri beberapa helai pakaian yang disidai di ampaian sebuah rumah dekat Seremban, Negeri Sembilan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kelmarin sekitar pukul 3.44 petang itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) rumah terbabit.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, Piqazamari, lelaki tersebut dikatakan mencuri pakaian bayi yang disidai di luar pekarangan rumah sehingga turut mengambil sekali satu set ampaian.

“Macam itu sekali kau ambil baju anak kawan aku? Kalau tak ada duit pun janganlah mencuri macam ini. Semua orang susah payah cari duit.

“Jaga-jagalah, orang sekarang baju pun nak mencuri,” katanya.

Dalam pada itu, wanita tersebut juga menggesa pencuri terbabit untuk segera pulangkan semula pakaian yang dicuri.

“Kepada pencuri, tolong pulangkan balik baju sebelum muka kau viral,” tegasnya.

Turut baca :

Video yang dimuat naik wanita itu kini memperoleh lebih 149,000 ribu tontonan dalam tempoh 24 jam dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Alamak, baju pun dah tak selamat. Ingat orang ja kena ‘culik’ masuk kereta, rupanya baju sekali ampaian kena kebas,” kata Zun.

“Sekali penyangkut baju dia ambil. Senang kerja ye balik rumah sambung jemur,” kata Nano.

“Dari mencuri baik jual ‘sports rim’. Nampak mahal tu. Boleh huat modal beli 30 pakaian bayi kalau tak ada duit, buat malu ke anak sahaja bapa macam ini,” tegur Andaliaa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*