{VIDEO} ‘Alah sweetnya! Gelagat Tengku Hassanal beri bunga pada adik kesayangan undang pelbagai reaksi warga maya

‘Alah sweetnya! Gelagat Tengku Hassanal beri bunga pada adik kesayangan undang pelbagai reaksi warga maya.

Gelagat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang sempat mengusik adindanya, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu istiadat merenjis, dianggap ‘sweet’ oleh pengguna media sosial.

Menerusi siaran langsung istiadat pada malam semalam, Tengku Hassanal mengambil bunga mawar daripada bekas bunga rampai dan memberikannya kepada Tengku Puteri Afzan sewaktu melakukan istiadat merenjit.

Berikutan itu, ramai yang tersenyum melihat gelagat Tengku Hassanal selain beranggapan Tengku Mahkota Pahang adalah seorang kekanda yang ‘sweet’ dengan adindanya.

“Alah ‘sweetnya’ TMP (Tengku Mahkota Pahang) beri bunga kepada adik kesayangan,” kata seorang pengguna TikTok.

“Saja nak kacau adik,” kata pengguna Facebook Nil Azuni.

“Sempat lagi TMP ambil dan bagi bunga,” komen Aishah Roziz’s pada Facebook.

Khamis lalu Kosmo! melaporkan, Tengku Puteri Raja dan FD Idzham sah bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi baginda di majlis tersebut.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dipetik berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu pada Khamis, Jumaat dan hari ini.

Istiadat perkahwinan diraja, istiadat bersanding berlangsung malam ini serta ditayangkan secara langsung pukul 8 malam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*