DUA wanita termasuk ibu mengandung maut, manakala seorang parah dalam nahas melibatkan empat kenderaan termasuk lori tanah, dalam kejadian di Jalan Kolon, Pokok Sena, dekat Alor Setar, Kedah pada Ahad.
Dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 9.55 pagi itu, Romadiah Ismail, 65, dan Nadzifah Abu Seman, 28, yang menaiki kereta Perodua Bezza meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.
Kemalangan itu turut mengakibatkan dua lagi kenderaan iaitu kereta Perodua Axia dan trak pikap Toyota Hilux.
Pemandu kereta Perodua Axia, Nur Fathi Rahman, 26, cedera parah manakala dua lagi cedera ringan.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan pukul 9.59 pagi.
Katanya, di lokasi pihaknya dapati ada empat kenderaan iaitu sebuah lori tanah 10 tan, Perodua Bezza, Perodua Axia dan Toyota Hilux.
“Anggota dimaklumkan terdapat tiga mangsa tersepit dalam dua kenderaan dan kesemua mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya pada Ahad.
Ahmad Aminudin berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Operasi tamat pada pukul 12.07 tengah hari,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, seorang warga maya, NurShamiera Mira memaklumkan mangsa Nadzifah Abu Seman yang maut sedang sarat mengandung lima bulan.
“Al-fatihah buat arwah Nadzifah (pemandu Bezza biru). Salam takziah buat keluarganya. Kesian sangat arwah tengah mengandung lima bulan.
“Kami pernah bekerja sekali. Arwah memang baik dan sempat mengerjakan umrah baru-baru ini. Semoga ALLAH menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,”
Leave a Reply