{VIDEO} “Aku pula yang nangis…” Air mata cikgu ‘tumpah kebumi’ setelah terima ‘kejutan’ hari jadi

“Aku pula yang nangis…” Air mata cikgu ‘tumpah kebumi’ setelah terima ‘kejutan’ hari jadi.  Lazimnya, kita akan berasa teruja apabila menerima sesuatu kejutan, lebih-lebih lagi apabila menjelang hari istimewa.

Begitulah juga dengan cikgu Akil, namun ekspresinya berubah sekelip mata selepas mengetahui nama pengirim yang membuat kejutan untuknya pada hari itu.

Mengikuti perkongsian slipperzechin, memaparkan detik bilamana guru lelaki tersebut nangis terduduk selepas membaca kad ucapan yang dihulurkan kepadanya.

Dedah pemilik akaun yang juga merupakan penghantar kejutan itu, pengirim rahsia tersebut adalah keluarga kepada arwah Ipan.

Dia merupakan seorang pelajar tingkatan lima yang telah meninggal dunia bulan lalu disebabkan kemalangan dan kejutan tersebut dikirim khas daripada keluarga arwah untuk cikgu Akil yang menurutnya adalah guru kesayangan Ipan.

Tulis pemilik akaun, awalnya dia enggan mengambil tempahan tersebut apabila mengetahui pengirimnya sudah tiada, bukan kerana tolak rezeki tetapi kerana tidak kuat berdepan detik kejadian nanti.

Pun begitu, dia tetap memenuhi hajat keluarga arwah dan seperti diduga air matanya tumpah jua apabila melihat reaksi guru berkenaan.

Malah, warganet juga luah perkara yang sama bilamana rata-ratanya tersentuh dengan cara arwah Ipan menyantuni gurunya, hatta jasadnya tidak lagi kelihatan di dunia nyata.

Dalam waktu sama, mereka turut titip doa buat arwah Ipan agar rohnya tenang di alam sana.

"Aku pula yang nangis..." Air mata cikgu 'tumpah kebumi' setelah terima 'kejutan' hari jadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*