{VIDEO} “Aku mangsa rogol..” Wanita dicabuI ketika servis penapis udara di rumah pelanggan kongsi cerita

“Aku mangsa rogol..” Wanita dicabuI ketika servis penapis udara di rumah pelanggan kongsi cerita.  Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita pekerja produk penjagaan air dan udara terkemuka negara menjadi mangsa rogol ketika datang ke rumah seorang pelanggan bagi melakukan servis penapis udara.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, mangsa sambil menangis berkongsi mengenai insiden buruk yang berlaku sehingga menyebabkan dirinya trauma.

Di ruangan kapsyen, mangsa memberitahu jika dia rela diperlakukan sebegitu, dia tidak akan tergamak membuat laporan polis dan rasa trauma seperti sekarang ini.

Malah, wanita tersebut lantas pergi ke hospital berhampiran bagi melakukan pemeriksaan.

Rata-rata netizen komen beri semangat dan lahir rasa simpati..

“Kesian kat diaorg ni..nak buat keje halal .ade pulak byk malaun yang bagi rosak punca rezeki org. Semoga pelaku tu kene tangkap..jahat giler” – Nadylla

“kalau cody nak dtg rumah servis mesin aku akan pastikan aku ade dlm rumah..kalau suami aku je ade aku pon x berani nak suruh cody masuk…bende boleh elak kita elak…” – Hidayah

“Selalu bukan dtg dgn kawan2 ?? Berani jgak sis ni,,kalo sye,,xkan masuk kalo xd kwan2…sekurang2 nye 3 org sye perlukan kalo masuk rumah cust lelaki…kalo suami sye sorang2 dlm rumah pun,suami xbnrkan msuk…” – Husna

“Perempuan Klu kje mcmnj patut de sorang 2 colleague lelaki yg baik ikut skali tiap kali p servis. Cari rezeki mmg la org fhm tp biar kna dgn cara. Sbb tu dlm islam ada larangan tertentu bt kaum hawa dlm urusan diluar. Demi menjaga kslmtn & maruah mrk jg. Nsib zmn moden, jap je viral dah kantoi musibat tu. Semoga lebih berhati hati lps ni k.” – Azahari

Difahamkan, video tersebut telah dipadam oleh pengguna tersebut. Bagaimanapun, diharapkan agar urusannya dipermudahkan dan si pelaku dapat balasan setimpal atas kelakuannya.

Kasihan tengok seorang wanita sedang bertungkus-lumus mencari rezeki akhirnya menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah pelanggan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*