Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertemu dan menenangkan mangsa kemalangan petang tadi, mendapat pujian daripada rakyat.
Menerusi video dimuat naik Istana Negara pada Instagram, kemalangan tersebut berlaku berhampiran Plaza Tol Maju Expressway (MEX) Putrajaya melibatkan antara sebuah kereta dan lori.
Kelihatan Yang di-Pertuan Agong bertanya mereka di situ mengenai kemalangan tersebut, manakala Raja Permaisuri Agong dilihat menggosok bahu mangsa wanita yang berdiri di tepi jalan serta menenangkannya.
Raut wajah mangsa tersebut kelihatan trauma dan sedih, sambil sempat menunjukkan tangannya kepada Tunku Azizah.
Dalam pada itu, Istana Negara pada hantaran itu memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menuruni kenderaan rasmi baginda berdua untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya petang semalam.
“Baginda berdua dalam perjalanan ke Pusat Ekuestrien Putrajaya apabila motoked baginda berdua melewati kawasan kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan lori.
- Turut baca : Kejamnya! Mayat bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam tangki pam tandas di Hospital Tawau
“Usai menyantuni mangsa kemalangan, baginda berdua kemudiannya meneruskan perjalanan ke Pusat Ekuestrien Putrajaya bagi menghadiri perlawanan Polo persahabatan antara Royal Pahang Polo Club bersama pasukan polo negara Brunei Darussalam,”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat memuji keprihatinan baginda berdua serta bersimpati dengan mangsa tersebut.
“Tak sampai setahun kereta tu, dugaan mangsa. Apa pun semoga urusan dipermudahkan,” komen ipin_haidir.
“Tuanku dan Permaisuri sentiasa prihatin terhadap rakyat. Semoga sihat selalu Tuanku sekeluarga,” kata dianarose_9698.
“Terbaik sangat Agong dan Permaisuri. Sanggup berpanas demi membantu rakyat,” ujar lily.hasliza.
Leave a Reply