{VIDEO} ‘Abang Bas’ kirim salam semua, dia okey, keluar Selasa

Pemandu bas atau Abang Bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ dijangka keluar dari penjara pada Selasa ini.

Perkara itu disampaikan oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar sewaktu melawat pemuda berusia 24 tahun itu di Penjara Muar, hari semalam.

“Kita dah balik daripada jumpa Abang Bas. Dia dalam keadaan sihat, dia kirim salam kepada semua. Doakan dia.

“Tak ada masalah, puas hati dengan kondisi dia. Selasa datang balik untuk bawa dia keluar,” katanya pada video yang dimuat naik pada TikTok hari ini.

Turut baca :

Kelmarin Kosmo! melaporkan, Abang Bas yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak dan membuat hantaran jelik akan dijamin keluarganya hari ini.

Peguamnya, Umar Zulkarnain dilaporkan berkata, keluarga tertuduh berjaya mengumpulkan dana bagi membayar jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM40,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat.

Kakak tertuduh menerusi akaun Facebook membuat hantaran memaklumkan kutipan dana untuk adiknya itu telah mencukupi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*