{VIDEO} 5 penjenayah ditembak mati di Putra Heights

Polis menembak mati lima penjenayah warga tempatan yang disyaki aktif dalam lebih 50 kejadian samun bersenjata api di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam semalam, kelima-lima suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun yang menaiki sebuah kereta Perodua Axia, dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Persiaran Harmoni, Putra Heights, di sini.

{VIDEO} 5 penjenayah ditembak mati di Putra Heights {VIDEO} 5 penjenayah ditembak mati di Putra Heights {VIDEO} 5 penjenayah ditembak mati di Putra Heights

Ketika diarah berhenti bagi tujuan pemeriksaan, suspek memecut kereta dinaiki mereka selain turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah pihak polis.

Pasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Kontinjen Selangor dan Kuala Lumpur, kemudian cuba mengepung kereta Axia dinaiki suspek sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan pasukan polis.

Pada masa sama, suspek terus melepaskan tembakan namun demi mempertahankan diri pihak polis melepaskan tembakan balas ke arah semua suspek.

Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek mati di tempat kejadian dan polis turut menemui dan merampas dua senjata api yang digunakan suspek bersama beberapa senjata lain.

Sumber berkata, semua suspek memiliki rekod dikehendaki pihak polis atas kejadian samun bersenjata api dan rekod jenayah lampau.

“Suspek terbabit dilaporkan aktif menyamun wang tunai dari van milik sebuah syarikat penghantaran, kilang-kilang dan rumah-rumah individu yang menyimpan wang tunai dan barang kemas di sekitar Shah Alam, Puchong, Klang, Subang Jaya, Kajang dan Sentul.

“Malah suspek juga turut didapati mencederakan mangsa yang cuba melawan mereka,” katanya.

Katanya, polis percaya semasa ditahan, kesemua suspek mempunyai perancangan untuk melakukan jenayah samun bersenjata api.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*