TINDAKAN wanita yang sengaja membakar motosikal miliknya apabila kenderaan roda dua itu dikatakan akan ditarik gara-gara tunggakan ansuran bulanan dalam kejadian di Taiping, Perak menjadi perbualan hangat dalam kalangan warga maya.
Menerusi rakaman video, pada awalnya, wanita terbabit menyimbah minyak petrol ke atas motosikal tersebut untuk menunjukkan perasaan tidak puas hatinya terhadap tindakan itu.
Difahamkan, tindakan drastik itu diambil dipercayai berpunca daripada dirinya yang kegagalan melunaskan bayaran ansuran selama 20 bulan.
“Kami dari JCL Credit Leasing Sdn Bhd mahu tarik motosikal ini. Dah 20 bulan tak bayar motosikal,” kata seorang lelaki dalam rakaman terbabit.
Rata-rata warganet berpendapat tindakan membakar motosikal itu bukanlah penyelesaian yang wajar.
Seorang pengguna media sosial, Mohd Naim berpendapat tindakan tersebut tidak menyelesaikan masalah.
“Bakar pun, pihak JCL tetap akan mencari,” tulisnya.
Pandangan serupa dikongsi Azlan Hamidi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak rasional.
“Dia ingat puas hati kot buat macam tu. Akhirnya motosikal tak ada, malah risau pula kena masuk lokap. Hutang, buatlah cara berhutang,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply