{VIDEO} 2 maut tercampak dalam nahas 3 kereta

DUA lelaki maut manakala lima yang lain cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang membabitkan tiga buah kenderaan di PSN Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang (Rozal Hala Shah Alam), Selangor pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Komander Operasi, PBK II Rafiz Taib berkata, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry.

Turut baca :

“Terdapat tujuh orang mangsa yang terlibat kesemuanya. Dua orang lelaki dewasa dilaporkan telah tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Manakala, lima mangsa yang lain iaitu dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi dan dua lelaki dewasa turut mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mangsa yang terkorbankan kini diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*