Van jenazah hilang bersama keranda ditemui di Johor

Van jenazah dan keranda yang hilang daripada Masjid Al-Ubudiah di Teluk Gong, Pelabuhan Klang, Selangor dipercayai ditemui di Skudai, Johor, kira-kira 350km jauhnya.

Keranda itu diturunkan di Masjid Taman Mutiara Rini pada Jumaat minggu lepas, hari ia disedari hilang.

Jemah masjid Shahidan Ibrahim, 71, berkata dia menyedari keranda diletakkan di situ ketika hadir untuk solat Zohor pada hari itu.

Warga emas itu juga berkata melihat van jenazah putih jenama Toyota Hiace di pekarangan masjid dan dua orang individu sedang berbaring di dalamnya.

“Salah seorang imam kemudian pergi mengejutkan orang yang sedang berbaring dalam van tersebut dan dia tidak menyebut berasal dari masjid mana.

“Tidak lama selepas itu, van jenazah itu hilang pada tengah hari pada hari yang sama,” katanya.

Curiga dengan perkara itu dia memaklumkan kepada pihak polis.

Bagaimanapun, katanya, beberapa hari kemudian dia terkejut apabila menonton video laporan van jenazah dan keranda hilang daripada Selangor di TikTok.

Perkara itu juga dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Selagi lagi masuk kawasan masjid

Tanpa diduga, tiga hari selepas itu van itu sekali lagi dilihat memasuki masjid sama di Skudai.

Kali ini ia dilihat oleh seorang petugas masjid yang kemudian mengambil gambarnya.

Tindakan itu, kata Shahidan, menyebabkan mereka beredar.

“Jadi, kita pun cubalah malam itu adalah beberapa orang bersama dengan polis mencari di beberapa tempat.

Van jenazah hilang bersama keranda ditemui di Johor
Antara penduduk yang menemui van itu

“Akhir sekali, jumpanya di Surau An Nur Pangsapuri Jasa,” kata Shahidan.

Surau itu terletak kira-kira empat kilometer dari Masjid Taman Mutiara Rini.

Baca juga :

Mayat janda tanpa kepala, kaki disumbat dalam beg merah

Semak dulu fakta sebelum ‘petik’ nama saya di DUN Kedah

Hina Agong di Facebook, aktivis Iswardy Morni didenda RM5,000

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*