Penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar bakal dikenakan waran tangkap jika gagal hadir memberi keterangan pada 2 Mei ini.
Hal ini berikutan penceramah terbabit tidak memberi kerjasama dalam siasatan yang sepatutnya dijalankan pada 17 April lalu.
Lima hari lalu, Ustaz Wadi gagal hadir ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) atas sebab-sebab tertentu.
Memohon penangguhan, JAIPs bakal meneruskan siasatan pada 2 Mei ini berhubung program Solat Terawih dan Sembang Santai bersama Ustaz Wadi Annuar.
Memberi amaran jika tetap ingkar, arahan agensi tersebut dimaklumkan oleh Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim.
“Wadi Annuar sepatutnya hadir namun memohon penangguhan dengan memberikan beberapa alasan tertentu kepada pihak kami.
“Kami ingin menegaskan bahawa siasatan terhadap beliau akan diteruskan pada 2 Mei bersamaan Selasa hadapan.
“Tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan waran tangkap akan diambil sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,” katanya.
Program tersebut diadakan pada 30 Mac lalu di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan Matin di Kampung Abi, Perlis.
Tidak mempunyai tauliah untuk mengajar dan berceramah di negeri terbabit, JAIPs turut membuat laporan polis.
Hal ini kerana pada hari kejadian, JAIPs dihalang oleh penganjur dan orang ramai untuk mengambil keterangan Ustaz Wadi.
Leave a Reply