Ustaz sekolah tahfiz ‘paku’ 4 pelajar perempuan ditahan

Ustaz sekolah tahfiz ‘paku’ 4 pelajar perempuan ditahan. Seorang guru di sebuah sekolah tahfiz ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap empat orang pelajarnya sendiri.

Perbuatan terkutuk suspek dikenali sebagai Feri Sarwan, 28, itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan kepada polis.

Berdasarkan pengakuan mangsa yang masih di bawah umur, pelaku didakwa memperkosanya sejak Jun 2024.

Lebih memeranjatkan, Feri dikatakan bersubahat dengan isterinya melakukan perbuatan jijik itu di Pusat Tahfiz Al-Fatih yang terletak di daerah Gowa di Indonesia.

Difahamkan suspek mengugut untuk menghamilkan mangsa sekiranya mereka melaporkan perbuatan terkutuk itu kepada ibu bapa masing-masing.

Bagaimanapun, selepas tidak tahan lagi dengan perlakuan penjenayah seksual itu, mangsa bersama ibu bapanya ke balai polis untuk membuat laporan.

Menurut Ketua Polis Gowa, Reonald T Simanjuntak, pelaku memasuki bilik mangsa lalu menolak mangsa dari belakang.

Mangsa sempat melawan, namun pelaku memegang kedua-dua belah tangannya supaya dia ‘bebas’ menjalinkan hubungan seks seperti pasangan suami isteri secara paksaan.

Susulan itu, pelaku kini ditahan polis atas dakwaan melakukan kesalahan mengikut Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak dan Keganasan Seksual dengan hukuman penjara maksimum selama 15 tahun.

Baca juga :

Semak dulu fakta sebelum ‘petik’ nama saya di DUN Kedah

‘Terima Kasih’ bantu langsai bayaran saman fitnah kepada pemimpin DAP

Hina Agong di Facebook, aktivis Iswardy Morni didenda RM5,000

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*