Usia bukan penghalang, Datuk 15 cucu berkayuh keliling Semenanjung

Usia bukan penghalang buat seorang datuk kepada 15 cucu untuk menye­marakkan bulan kemerdekaan negara melalui Kayuhan Merdeka Jelajah Semenanjung bermula 2 Ogos lalu.

Menurut Che Saad Nordin, 74, dia telah melakukan 10 kali kayuhan sama sebelum ini dan akan meneruskan usaha itu bagi menyemai semangat cintakan negara kepada kalangan orang muda.

“Ini cara saya lahirkan semangat patriotisme dan cintakan negara yang mana saya turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sepanjang melakukan kayuhan sejauh 2,300 kilometer.

“Diharap kayuhan kali ini akan terus menjadi kenangan manis buat diri saya dan orang ramai yang saya jumpa di sepanjang laluan,” katanya yang juga bekas wartawan di sini baru-baru ini.

Katanya, dia jangkakan akan menyambut Hari Kemerdekaan di Melaka, sebelum meneruskan kayuhan sehingga ke utara.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*