Seorang penganggur yang merupakan suami kepada pengasuh tergamak memperlakukan budak jagaan isterinya sebagai hamba seks songsang dan meliwat sejak dua tahun lalu
Menurut laporan Harian Metro, lelaki berkenaan bertindak untuk mengumpan kanak-kanak dengan video lucah sebelum memujuk mangsa melakukan aksi seperti rakaman ditonton dan meliwatnya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa pada Selasa lalu bahawa anaknya berusia 11 tahun mendakwa diliwat suami pengasuhnya sejak 2022.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar apabila pengadu ternampak anak sulung daripada dua beradik itu bermain telefon bimbitnya sambil menonton video lucah di satu aplikasi ketika berada di rumah.
Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
“Pengadu yang terkejut menegur serta bertanya kepada anaknya siapa yang mengajarnya melihat video berkenaan sebelum kanak-kanak itu mendakwa diajar suami kepada pengasuhnya.
“Mangsa yang juga murid Tahun Lima mendakwa suspek menyuruhnya meniru aksi video lucah itu sebelum lelaki itu meliwatnya ketika isterinya tiada di rumah.
“Bertindak laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek pada 7 Mei lalu, kira-kira jam 2 pagi di rumahnya,” katanya.
Difahamkan, ibu mangsa menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3 hingga 6 petang setiap hari selepas waktu persekolahan kecuali pada hari cuti berikutan pengadu keluar bekerja.
Turut baca :
Leave a Reply