Umi ‘mengamuk’ tak dapat pergi Mydin, rupanya…

Seorang wanita hilang pertimbangan gara-gara dihalang keluar rumah oleh anaknya untuk ke sebuah pasar raya.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok yaisyahaha, kelihatan ibunya bertindak melemparkan semua barangan rumah sebagai tanda protes selepas tidak dibenarkan keluar rumah.

Bagaimanapun, difahamkan, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi menghalang wanita tersebut daripada pergi ke bank di sebuah pasar raya untuk memasukkan wang ke dalam akaun ‘scammer’.

“Hari ini umi mengamuk sebab tak dapat pergi Mydin, semua benda dia terbalikkan campak barang.

“Dia kata saya kurung dia, walhal risau dia jalan bersendirian. Inilah hasil umi mengamuk hari ini, seolah-olah dipukau minda sampai tidak boleh fikir yang mana betul yang mana salah,” tulis di ruangan kapsyen video berkenaan.

Menurut yaisha, pada akhirnya dia terpaksa akur menghantar ibunya ke pasar raya selepas wanita tersebut mengugut mahu mencederakan diri dengan menggunakan gunting.

“Bukan tak nak bawa, tapi sebab umi nak pergi bank dan masukkan duit dekat ‘scammer’. Sekarang ini banyak dah hutang umi buat dengan orang tak dikenali sebab nak bagi ‘scammer’.

“Kami anak-anak umi tak kaya, cari duit untuk senangkan umi. Tapi, umi senangkan ‘scammer’,” dakwanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa simpati selain mendoakan agar gadis tersebut terus kuat berdepan situasi tersebut.

“Ada ‘scammer’ main pukau melalui telefon sahaja. Ahli keluarga aku dah terkena (jadi mangsa) sampai sanggup pergi jual emas kemudian duit kasi (beri) kepada ‘scammer’,” kata Jeje.

“Hanya yang berdepan masalah ini sahaja yang faham. Tak sangka ada juga yang mengalami masalah sama. Semoga terus istiqamah menjaga ibumu,” nasihat Werty.

“Ini jenis masuk saham ‘scammer’ la ni. Dijanjikan dapat untung berjuta, tapi dua tiga bulan sekali dia minta masukkan modal kalau tidak nama tersingkir. Itu yang mengamuk kalau tak dapat ‘top up’ (tambah),” kata Sal.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*