Ucapan sentuh isu 3R di Gua Musang, Muhyiddin didakwa esok

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok susulan ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) pada kempen PRK Nenggiri.

Sumber Pejabat Peguam Negara (AGC) memberitahu FMT, presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan berdepan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan kertas siasatan ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16, dihantar kepada AGC pada 21 Ogos lalu.

Muhyiddin dalam video itu dikatakan mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput menghadap baginda untuk dilantik perdana menteri.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ucapannya ketika kempen itu hanya kenyataan fakta, selain membangkitkan jumlah akuan berkanun (SD) yang didakwanya mencukupi untuk dilantik menubuhkan kerajaan pasca PRU15.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menyerahkan beberapa dokumen kepada polis termasuk akuan berkanun (SD) daripada 115 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokongnya sebagai perdana menteri.

Siasatan terhadap Muhyiddin dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*