Tuntutan palsu perkhidmatan minuman Raja Perlis, anak MB Perlis diheret ke Mahkamah

Anak kepada Menteri Besar Perlis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah, Februari lalu.

Tertuduh, Mohd. Syafeeq Mohd. Shukri, 35, yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mohd. Syafeeq yang merupakan pemilik syarikat menjalankan perniagaan menjual gas serta seorang petani membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyerahkan dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis yang dipercayai mengandungi butir matan palsu kepada Pembantu Tadbir Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis berjumlah RM19,505.10 dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya.

Dokumen tersebut berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di HTF.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat SUK negeri di sini pada 19 Februari lalu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*