Tunjuk hebat ugut peniaga jalanan, ‘abang kawasan’ kena kutip

Sejak semalam, tular sebuah video menyaksikan gelagat seorang lelaki mengaku dirinya sebagai abang long kawasan.

Bukan itu sahaja, dia juga turut mengaku mengenali anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) serta mempunyai ramai kenalan.

Menerusi perkongsian di Tiktok, difahamkan lelaki terbabit ingin mengutip duit tapak niaga daripada seorang wanita.

Dalam suasana hening di waktu malam, kelihatan lelaki itu duduk di dalam kereta sambil berceloteh menceritakan kehebatan dirinya sebagai abang long di kawasan berkenaan serta anak jati Johor.

Tidak dengan itu, dia juga sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan wanita terbabit untuk diberikan kepada ‘anak buah’ nya sebagai rekod jika dia melakukan masalah lagi.

Walau bagaimanapun, difahamkan lelaki itu telahpun dibawa ke balai polis Parit Raja.

Malah, terbongkar pula identiti sebenarnya bahawa dia merupakan anak kelahiran Kelantan dan menetap di Parit Raja.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*