Tular video memaparkan Pantai Morib terbakar

Video klip yang berdurasi 12 saat itu menunjukkan situasi sebelum dan selepas kejadian. Dapat dilihat semasa api membara, ramai yang berdiri di sekeliling api untuk melihat. Namun, selepas itu angin kencang meniup bara api sehinggakan ia merebak ke merata kawasan.

Pengunjung yang camping di situ dilihat bergegas menyelamatkan diri daripada api tersebut. Malah, khemah mereka juga dilihat berterbangan akibat daripada angin yang kuat.

Ada yang mendakwa bara api tersebut berpunca daripada BBQ, selain itu beberapa netizen juga mendakwa api tersebut daripada upacara keagamaan. Walau bagaimanapun, sehingga kini punca sebenar api membara itu belum dapat dikenal pasti lagi.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 89K tontonan, 568 tanda suka dan 40 komen di TikTok, rata-rata netizen tertanya-tanya punca api merebak itu.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*