Tuduhan gaji pemain dibayar kontraktor, TMJ ‘pelawa’ SPRM periksa kewangan JDT

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kelab bola sepak yang berminat untuk datang memeriksa serta melakukan audit kewangan termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaan kelab itu.

Tunku Mahkota Johor berkata demikian di Twitter sebagai respons berhubung tuduhan gaji barisan pemain JDT dibayar oleh “kontraktor”.

Menurut Tunku Ismail, kewangan JDT daripada penaja, dirinya, dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Ini bukan duit dari menteri besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?”

Terdahulu, Tunku Ismail berkata, beliau sudah lama menunggu soalan berhubung tuduhan “kontraktor” membayar gaji pemain JDT yang dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter.

JDT, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, kini menerajui musim 2023 dengan mengumpul 21 mata selepas memulakan kempen dengan cemerlang, meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan pertama dengan mencetak 30 gol dan bolos hanya sekali.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*