Tragis… Penat bekerja 18 jam, penghantar makanan ditemukan tak bernyawa atas motosikal

SEORANG pekerja penghantar makanan meninggal dunia dalam keadaan yang menyayat hati apabila ditemukan sudah tidak bernyawa ketika sedang berehat di atas motosikalnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China.

Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), penghantar makanan berusia 55 tahun itu sedang berehat selepas bekerja selama 18 jam.

Insiden berkenaan mendapat perhatian umum selepas tularnya video kejadian di media sosial, pada 6 September lalu.

Rakaman tersebut memaparkan lelaki bernama Yuan, sedang tidur di atas motosikalnya kerana kepenatan selepas hampir seharian bekerja menghantar pesanan pelanggan.

Seorang saksi mendedahkan Yuan berada di situ sejak kira-kira pukul 9 malam pada 5 September sehingga dia ditemukan tidak bernyawa sekitar pukul 1 pagi keesokan harinya oleh penghantar makanan lain.

“Dia kadang-kadang bekerja sehingga pukul 3 pagi, kemudian bangun pada pukul 6 pagi untuk bekerja semula.

“Apabila berasa letih, dia akan tidur sebentar di atas motosikalnya sebelum bersedia untuk kembali bekerja sebaik sahaja pesanan masuk,” katanya.

Seorang lagi rakan sekerja Yuan mendedahkan bahawa sebulan sebelum kematiannya, warga emas itu mengalami patah kaki akibat kemalangan jalan raya semasa menghantar pesanan.

Ujarnya, Yuan berpindah dari wilayah Hubei ke Hangzhou untuk mencari rezeki demi menyara anak lelakinya yang berusia 16 tahun yang masih belajar.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*