DALAM kegembiraan ramai meraikan kehadiran tahun baharu bersama insan tersayang, seorang pemuda tergamak membunuh lima ahli keluarga sendiri.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Lucknow, India, pada malam Selasa, lapor Indiatoday.
Menurut polis, suspek yang berusia 24 tahun itu pada mulanya bertindak menghidangkan minuman dan makanan yang memabukkan kepada ibu dan empat adik perempuannya yang masing-masing berusia sembilan, 16, 18 dan 19 tahun.
Selepas itu, suspek bertindak mencekik leher dan mengelar pergelangan tangan mangsa.
Selepas melakukan jenayah itu, suspek merakam videonya sendiri, mendakwa ada jirannya sedang ‘mengintai’ harta keluarganya selain merancang untuk menjual adik perempuannya ke Hyderabad.
Khuatir dengan nasib keluarganya, suspek berkata dia membunuh ibu dan adik-beradiknya terlebih dahulu bagi mengelakkan mereka daripada bahaya.
Menurut polis lagi, keluarga yang berasal dari Agra itu mengingap di hotel berkenaan sejak 30 Disember.
Ketika ini, polis sedang memburu bapa suspek yang disyaki turut terlibat dalam kejadian berkenaan.
Baca juga :
Leave a Reply