Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India disambung pagi ini selepas ditangguhkan 7 malam tadi.
Operasi pencarian bermula kira-kira 9.30 pagi itu ditumpukan di lurang kedua di Jalan Melayu dan ketiga di persimpangan Jalan Melayu.
Semalam, enam lurang kumbahan sekitar lokasi SAR di hadapan Malayan Mansion dibuka secara berperingkat selepas usaha pencarian di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh menemui jalan buntu.
Difahamkan, operasi SAR hari ini melibatkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Indah Water Konsortium.
Tinjauan Bernama mendapati ahli keluarga berada di lokasi kejadian seawal 8 pagi dan anak lelaki mangsa dikenali Surya, 26, diberikan penerangan berhubung operasi itu dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam berbangsa India yang bertindak sebagai jurubahasa.
Pengamal media turut berada di lokasi kejadian sejak 8 pagi untuk membuat liputan pencarian wanita warga India terbabit yang memasuki hari ketiga.
Pemerhatian mendapati kebanyakan peniaga berdekatan lokasi tidak membuka premis perniagaan mereka.
Jumaat lalu, mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam 8m susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, sedang berjalan di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian.
Turut baca :
Leave a Reply