Tragedi kasino Singapura : Lelaki rebah meninggal dunia selepas memenangi jackpot RM18 juta

Seorang lelaki pengsan akibat terkejut selepas memenangi wang judi berjumlah kira-kira AS$4 juta (RM18.84 juta) di sebuah kasino di Singapura, lapor portal berita MailOnline semalam.

Satu rakaman video menyiarkan imej mangsa yang tidak dinamakan itu rebah ke lantai kasino di Marina Bay Sands berhampiran sebuah meja perjudian, Sabtu lalu.

Orang ramai yang ketakutan menyaksikan kejadian itu ketika beberapa individu bergegas membantu lelaki berkenaan yang terbaring di atas lantai.

Seorang wanita menjerit ketika pegawai perubatan cuba menyelamatkan lelaki itu di tempat kejadian.

Rakaman video berhubung insiden itu tersebar di media sosial.

Menurut laporan, lelaki tersebut kini dirawat di hospital kerana mengalami serangan jantung dan sedang pulih daripada kejadian itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*