Tragedi berdarah! Enggan serah diri walaupun tahu nyawa bagaikan telur di hujung tanduk

SEJAK kebelakangan ini, kita sering kali disajikan dengan tragedi berdarah membabitkan kes tembak yang berlaku di seluruh negara.

Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian meragut nyawa yang melibatkan penjenayah dilaporkan media tempatan. Malah ada dalam kes jenayah itu ada yang melibatkan warga emas.

Kebanyakan penjenayah ini juga dengan beraninya cuba melawan pihak berkuasa dan enggan menyerah diri walaupun mereka tahu pada ketika itu nyawa mereka bagaikan telur di hujung tanduk.

Terbaharu, seorang penjenayah yang maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechik, Napoh, Changlun dekat Jitra Kedah pada Jumaat.

Pada waktu kejadian, suspek juga sempat melepaskan dua das tembakan sebelum maut ditembak dengan empat das tembakan oleh polis.

Tragedi berdarah! Enggan serah diri walaupun tahu nyawa bagaikan telur di hujung tanduk.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah yang melakukan rondaan Op Laras di kawasan kejadian ternampak sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan serbuan yang melakukan rondaan di tempat ini dan mendapati kereta itu agak mencurigakan dan polis meminta suspek berhenti namun dia enggan berbuat demikian.

“Suspek bagaimanapun melepaskan dua das tembakan ke arah polis dan polis yang ketika itu cuba mempertahankan diri, membalas empat das tembakan yang mengenai dada kirinya menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya pada Jumaat.

Untuk makluman, kes tembak yang berlaku di Jitra itu bukanlah kali pertama berlaku di Negeri Jelapang Padi tersebut. Malah pada tahun lalu sahaja, terdapat dua kes yang melibatkan penjenayah ditembak mati di negeri itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*