Tipu pakej umrah, polis terima 100 laporan

Polis mengesahkan menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari lalu berhubung penipuan pakej umrah ditawarkan sebuah syarikat.

Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin, berkata sehingga kini, polis sudah membuka enam kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan mempunyai lesen perniagaan sah. Jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM3,932,440.68,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, media melaporkan syarikat umrah berkenaan sedang mengemaskini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas penerbangan mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*