TikTok larang iklan berkaitan politik

TikTok Malaysia mengenakan larangan iklan politik daripada platformnya selaras dengan semakan dasar mereka.

Perubahan itu melibatkan akaun milik kerajaan, ahli politik dan parti politik tahun lalu, iaitu melarang iklan politik daripada disiarkan, menurut New Straits Times.

“Kami tidak akan membenarkan iklan berbayar yang mempromosi atau menentang calon, kerajaan, pemimpin semasa, kumpulan atau parti politik, atau isu di peringkat persekutuan, negeri mahupun tempatan,” kata laporan itu memetik Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Hafizin Tajudin.

Hafizin juga menafikan bekas pekerjanya, yang pernah berkhidmat sebagai pengendali kandungan, mempromosikan parti tertentu dalam TikTok.

Katanya, syarikat itu mempunyai “sistem jaminan kualiti yang mantap” demi memastikan pandangan politik atau peribadi melibatkan pekerjanya tidak mempengaruhi tugas mereka, termasuk mengendalikan kandungan.

Hafizin mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil, yang sebelum ini menyatakan kebimbangan pengendali platform itu berat sebelah.

Pada kempen PRU15, dilaporkan calon bertanding menggunakan TikTok bagi meraih sokongan pengundi, terutama golongan muda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*