Tikam anak lebih 100 kali, CCTV jadi bukti jenayah keji bapa tiri.
SEMPAT tukar baju yang berlumuran darah, kemudian sambung tikam anak tiri sampai mati!
Demikian kronologi tragis yang menimpa seorang penuntut University of Washington, Amerika Syarikat, Angelina Tran baru-baru ini.
Dalam kejadian yang berlaku di Seattle itu, mangsa ditikam lebih 100 kali oleh Nghiep Kein Chau.
Lapor Independent UK, gadis yang berusia 21 tahun tersebut dikatakan cuba menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa pukul si bapa tiri.
Sebelum kejadian, Tran dikatakan terkejut daripada tidur selepas terdengar bunyi bising.
Beliau terus keluar bilik untuk melihat apa yang berlaku.
Susulan itu, mangsa difahamkan terkejut melihat muka ibunya ditumbuk berulang kali tanpa belas kasihan.
Tidak mahu ibu tersayang cedera lebih teruk, Tran kemudian cuba untuk menyelamat, namun berlaku pergelutan.
Berang dengan campur tangan Tran, lelaki itu kemudian mengheret mangsa ke dapur sebelum ditikam dengan pisau.
Meskipun ditikam berulang kali, Tran masih lagi kuat berlawan dan cuba melepaskan diri.
107 TIKAMAN
Lapor portal itu lagi, serangan demi serangan dibuat terhadap Tran sehinggalah wanita itu kaku.
Melihat Tran tidak melawan, lelaki durjana itu kemudian menukar baju yang penuh darah.
Suspek dilihat mengambil pisau pemotong daging di dalam laci dan terus menyambung ‘kerja’ yang terhenti.
Dia tidak mengetahui bahawa semua perbuatan jenayah umpama syaitan itu terakam melalui rakaman televisyen litar tertutup rumah.
Si isteri pula berjaya menyembunyikan diri di salah satu bilik tidur sempat menghubungi pihak polis.
Kira-kira jam 5 pagi, pihak berkuasa sampai ke kediaman dan menemui lelaki itu yang berlumuran darah.
“Saya sudah membunuh seseorang.”
Itulah kata-kata Nghiep sebaik saja ditahan polis.
Hasil siasatan lanjut mendapati, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan 107 kesan tikaman pada bahagian badan.
Ibu mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Leave a Reply