Tiga jengkaut ‘ditelan’ bumi di Perak

Sebanyak tiga buah jengkaut ditelan bumi di dalam lumpur dekat Tanjung Tualang, Perak baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu dilaporkan berjaya membawa naik salah satu jengkaut setakat semalam selepas mendapat bantuan mesin pengorek pelbagai guna.

Menerusi perkongsian video di TikTok @katak_ajl6304, ramai yang meminta pihak petugas untuk meletakkan beberapa batang sawit bagi menghalang jengkaut terbenam di dalam lumpur.

Balas pengendali akaun tersebut, katanya sudah lebih 30 batang sawit digunakan, namun hanya sia-sia apabila kesemua batang itu turut terbenam di dalam lumpur yang ketinggiannya kira-kira paras bahu.

Bagaimanapun, meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada pasukan terbabit dan mendoakan usaha untuk membawa naik dua lagi jengkaut dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Yus Perak.

“Semua menanti kesudahannya bang, harap dapat naik balik semua,” kata Alif Firdaus.

“Dalam keadaan seperti ini kita percaya rakan-rakan anda tak akan lihat sahaja di luar. Insya-Allah akan ada bantuan lain akan sampai untuk bantu anda semua keluar dari jerlus ini. Tetap sabar tetap diakan dan tetap semangat,” ujar Abey.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*