“Tidak dapat terima kenyataan…” Berang cinta ditolak, remaja 17 tahun disimbah asid oleh rakan sekelas. Hanya kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya ditolak, seorang remaja lelaki di India bertindak menyimbah asid ke wajah remaja perempuan.
Menerusi kenyataan ibu mangsa, anak perempuannya dan suspek merupakan rakan sekelas di sebuah pusat tuisyen di wilayah Jharkhand Chatra, India.
Dia dah lama menaruh hati dengan anak saya tapi saya tak sangka yang dia bertindak sampai tahap ini.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku, dia dan anaknya sedang tidur di katil yang sama sebelum remaja lelaki itu masuk dan menyimbah asid ke atas anaknya.
- Turut baca : {VIDEO} “Satu Malaysia kena ‘kencing’…” Wanita mengaku diperkosa pelanggan, rupanya ini berlaku
Dia simbah asid ke atas anak saya. Bukan hanya dia yang cedera, malah bahagian belakang dan tangan saya turut melecur.
Susulan daripada insiden terbabit, gadis berusia 17 tahun itu dibawa ke bandar Gaya, Bihar untuk mendapatkan rawatan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ranchi untuk rawatan susulan. Bagaiamanapun si ibu meluahkan rasa kesal dengan layanan doktor serta jururawat di hospital terbabit.
Anak saya dibawa ke sana memandangkan ia paling hampir dengan Chatra tapi kat sana anak saya tak dapat layanan yang sepatutnya.
Mangsa kemudiannya diterbangkan ke Institut Sains Perubatan All India (AIIMS) selepas disarankan oleh Lembaga Perubatan India kerana kecederaan yang dialami di mata kiri, lengan kanan dan leher memerlukan rawatan rapi.
Walau bagaimanapun, suspek masih belum ditangkap selepas berjaya melarikan diri daripada pihak polis.
Leave a Reply