Tidak dapat terima kematian isteri, bapa tembak anak di kepala sebelum ragut nyawa sendiri

Seorang lelaki yang kehilangan isteri dan dua orang anaknya dalam tragedi gempa bumi Turkiye pada Februari lalu, bertindak membunuh anak perempuannya berusia 12 tahun sebelum meragut nyawa sendiri.

Tidak dapat terima kematian isteri, bapa tembak anak di kepala sebelum ragut nyawa sendiri
FERIT Dayan bergambar bersama keluarganya.

Lapor Daily Mail, Ferit Dayan yang menembak Asya Irem Dayan di bahagian kepala sehingga maut, dipercayai mengalami masalah kemurungan.

Ferit yang juga guru sains sekolah menengah dikatakan menerima kaunseling sejak bencana gempa bumi Turkiye meragut nyawa isterinya, Feray dan dua orang anaknya, Alperen dan Azra Beril.

Dilaporkan, Asya terselamat walaupun rumahnya yang terletak di Besni, Adiyaman runtuh dalam kejadian dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 skala Richter.

Dalam kejadian berlaku pada 27 April lalu, Asya sedang bermain di taman rumah baharu mereka, sebelum dipanggil oleh bapanya lalu ditembak mati.

Difahamkan, Ferit kemudian menembak diri sendiri selepas membunuh anak perempuannya.

Jiran yang terdengar bunyi tembakan itu, segera menghubungi polis serta pasukan kecemasan dan paramedik.

Pada mulanya, gadis itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital selepas diberi pertolongan cemas di tempat kejadian.

Asya dibawa ke Hospital Wilayah Besni dan kemudian dipindahkan ke Hospital Pendidikan dan Perubatan Adyaman.

“Malangnya, selepas terselamat daripada tragedi gempa bumi, Asya meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) akibat kecederaan ditembak.

“Bapanya pula disahkan meninggal dunia di rumah dan mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Wilayah Besni,” jelas laporan.

Dilaporkan, kedua-dua individu itu dikebumikan secara bersebelahan di tanah perkuburan di kampung Tasliyazi.

Turut baca : {VIDEO} Kecoh !!! Disangka pemandu mabuk ketum, rupanya ini yang berlaku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*