“Tetap tersenyum walau diuji…” Video Pak Lah dipimpin undang sebak

Perkongsian personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya yang menyaksikan perkembangan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi sorotan warganet ketika ini.

Dalam paparan itu, menyaksikan gelagat Tun Abdullah atau mesra disapa Paklah sedang berjalan di kawasan taman dengan dibantu oleh isterinya.

Beserta dengan hantaran itu, adalah kapsyennya berbentuk sajak yang mana difahamkan pernah ditulis oleh Pak Lah suatu ketika dahulu.

Semoga kesembuhan dan damai kembali ke jasad dan sanubari Pak Lah.
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

– Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi – Wikipedia

Ramai luah sebak melihat keadaan Pak Lah selain mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan seperti sedia kala.

Selain itu, ada juga yang memperakui akan kewibaann beliau dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia dahulu sehingga jasanya terus menjadi sebutan oleh rakyat jelata.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita mengenai kesihatan beliau yang didakwa menghidapi penyakit demensia.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Kesihatan dalam menjawab tentang keadaan terkini Pak Lah.

“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada.

“Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya,” -Khairy Jamaluddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*