Seorang peniaga pisang goreng, Zainatul Rafeda Zainul Abidin, 43, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan membakar motosikal jenis Honda RSX bernilai RM7,000 di Pokok Assam minggu lalu. Perbuatan itu dilakukan pada jam 3.50 petang, 26 Disember lalu di Jalan Masjid, Pokok Assam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api yang boleh menyebabkan kerosakan harta.Seorang peniaga pisang goreng, Zainatul Rafeda Zainul Abidin, 43, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan membakar motosikal jenis Honda RSX bernilai RM7,000 di Pokok Assam minggu lalu. Perbuatan itu dilakukan pada jam 3.50 petang, 26 Disember lalu di Jalan Masjid, Pokok Assam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api yang boleh menyebabkan kerosakan harta.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Tertuduh sebak, keluarga juga menangis…
Ketika prosiding berlangsung, Zainatul Rafeda kelihatan sebak ketika dibawa dari lokap ke kamar bicara.
Dia sekali lagi menangis ketika membuat pengakuan salah di kandang tertuduh. Ahli keluarganya yang hadir turut tidak dapat menahan sebak melihat keadaan tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.
Hakim Nabisha Ibrahim menetapkan hukuman dijatuhkan pada 14 Januari depan sementara menunggu fakta kes disediakan.
Jaminan dikurangkan kepada RM4,000
Pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu atau menghubungi mangsa.
Namun, mahkamah menetapkan jaminan dikurangkan kepada RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan sama seperti dicadangkan pihak pendakwaan.
Kes ini kini menanti hukuman rasmi pada tarikh yang telah ditetapkan. Kisah ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang ingin tahu motif di sebalik tindakan tertuduh.
Baca juga :
Leave a Reply