Tertekan suami curang, ibu pijak anak 2 tahun hingga ‘lunyai’

Lydia Fransiska Natalia, membelasah anaknya yang berusia lebih dua tahun sehingga 'lunyai'.

Tertekan suami curang, ibu pijak anak 2 tahun hingga ‘lunyai’. Seorang wanita di wilayah Lampung ditahan polis kerana memijak anaknya yang dipercayai dilakukan akibat tertekan dengan sikap suaminya.

Lydia Fransiska Natalia yang merupakan seorang suri rumah, membelasah anaknya yang berusia lebih dua tahun sehingga hampir mati.

“Dia mengalami tekanan dan berasa marah terhadap suaminya,” kata Ketua Polis Bukit Kemuning, Komisioner Polis Muhidin.

Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan aksi suspek memijak anaknya sehingga ‘lunyai’ sebelum mengangkat ke udara dan menampar wajah kanak-kanak lelaki itu.

Mangsa yang masih kecil hanya menangis ketika dibelasah ibunya.

“Ini semua kerana bapa kamu (suami) yang biadap, selalu curang sehinggakan anak mati pun dia tidak akan ambil kisah. Lihat ya, jangan buat saya naik gila,” kata suspek dalam video tersebut sambil memijak dada anaknya.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lampung Utara, Penolong Pesuruhjaya Polis Eko Rendi Oktama berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu dan mendapatkan keterangan lanjut daripada suspek.

“Daripada keterangan awal, motif suspek adalah meminta wang daripada suaminya dengan cara menyeksa anak mereka dan kemudian mengirim video itu menerusi pesanan mesej.

“Berdasarkan keterangan suspek, tindakan mendera anaknya itu hanya dilakukan baru-baru ini. Kami juga akan menyoal siasat anaknya bagi mengetahui sejauh mana penderaan dilakukan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*