Tertekan selepas bergaduh dengan isteri, pemuda maut jerut leher sendiri

Angkara mengalami tekanan perasaan setelah berdepan masalah dengan isteri di kampung dipercayai menjadi punca seorang pemuda warga asing bertindak menjerut leher dan badannya dengan tali pinggang keledar kereta hingga maut, kelmarin.

Mayat lelaki berusia 19 tahun itu ditemui orang awam di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di tapak letak kenderaan terpakai di Bagan Ajam, di sini, kira-kira pukul 2 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman, hasil siasatan awal mendapati mangsa dijumpai terbaring dengan bahagian leher serta badannya terjerut tali pinggang bahagian tempat duduk belakang.

“Siasatan menunjukkan tiada unsur jenayah yang dikesan di tempat kejadian dan mayat mangsa kemudiannya hantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang mengalami tekanan perasaan baru sahaja datang dari Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah kedai cuci kereta lebih kurang tiga hari.

“Ia susulan rakan sekerjanya sering mendengar mangsa sering bertengkar semasa berhubung bersama isterinya melalui telefon,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*