Tertekan kerenah senior, doktor pelatih ‘inject’ diri sendiri

Seorang doktor pelatih bernama Aulia Risma Lestari, 30, dijumpai dalam bilik tidur di rumah sewanya pada 12 Julai, jam 11.00 malam dan terlihat seperti orang normal yang sedang tidur mengiring. Siapa sangka, rupanya doktor muda berkenaan telah pergi selamanya dan wajah serta pahanya sudah menjadi kebiruan saat ditemui.

Doktor pelatih bekerja di bawah tekanan berterusan

Ketiadaan Dr Aulia mula disedari oleh teman lelakinya yang gagal menghubunginya dari pagi. Justeru, dia meminta rakan sepengajian untuk segera memeriksa keadaan Dr Aulia di rumah sewanya. Pintu bilik Allahyarhamah gagal dibuka dari luar sehingga mereka terpaksa mendapatkan khidmat tukang kunci. Dalam ruangan itu, mereka turut menjumpai diari harian Dr Aulia yang penuh dengan luahan tentang tekanan menjalani latihan perubatan di institusi kesihatan dia ditempatkan. Ini termasuklah kesukaran berdepan dengan kerenah para senior yang sering mengeluarkan arahan-arahan rumit. Rakan seperjuangan (identiti dirahsiakan) yang sedang menjalani pengajian di sana sempat mendedahkan rutin harian doktor pelatih :

1. Waktu kerja harian adalah selama 18 jam tanpa giliran.
2. Masuk kerja jam 6.00 pagi, pulang antara jam 12.00 malam-3.00 pagi malam, esok harus masuk semula jam 6.00 pagi (jadual sama selama 5 tahun)
3. Jika dapat giliran pantau patient, pelatih harus bertugas selama 24 jam secara minimal. Ada yang tidak pulang selama 6 hari berturut-turut kerana tugas disambung kepada urusan patient seterusnya.
4. Jabatan anestesia menerima sekitar 120 orang patient/hari. Beban kerja diserahkan kepada pelatih & senior hanya menunggu laporan harian.

Dr Aulia menyuntik ubat bius menerusi lengan

Hasil siasatan lanjut mendapati, Dr Aulia telah menyuntik sendiri ubat bius ke dalam tubuhnya melalui lengan. Ubat bius hanya boleh diakses oleh doktor pakar dan seharusnya dimasukkan secara infus. Dr Aulia baru 2 tahun mengikuti latihan program anestesia di sana namun sejak tahun pertama lagi, dia dipercayai mengalami tekanan hebat sehingga mahu mengundurkan diri. Walau bagaimanapun, hasrat berkenaan terhalang kerana dia terikat dengan biasiswa perubatan. Mana-mana pelatih yang tidak menyelesaikan program latihan perubatan sehingga tahun ke-5 diarah membayar penalti sebanyak 500 juta rupiah (bersamaan RM140,000+).

Pihak polis nafikan pemergian Dr Aulia berpunca daripada homisid

Dari situ, wujud juga khabar angin mengatakan Dr Aulia menamatkan hayatnya sendiri kerana tekanan sewaktu menjalani latihan perubatan. Namun pihak polis membantah dakwaan tersebut dan berkata, Dr Aulia menyuntik ubat bius untuk lebih senang tidur. Buat masa ini, program pengajian anestesia di institusi berkenaan dihentikan sementara waktu agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*