Terpaksa jual ‘Kuda Merah’ RM80,000, Dr. Rozmey kongsi cerita ditipu rakan

Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempatan, bahkan terdapat banyak papan tanda yang memaparkan gambar gaya duduk figura ini.

Namanya agak terkenal sebelum ini kerana kejayaan produk keluaran syarikat bertapak di Kedah yang diusahakan dengan hasil titik peluh sendiri.

Namun, dalam hantaran terbaru di laman sosial miliknya, ternyata kisah sebenar disebalik kejayaan beliau sebelum ini, ramai orang digelarnya sahabat hanya mahukan ‘duit’ usahawan ini.

Rozmey berkata, kereta sport Ferrari miliknya yang dijual dengan harga RM80,000 pada 2019 itu mempunyai kisah tersendiri.

Kereta buatan Itali yang digelar kuda merah itu merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Sungai Petani suatu masa dahulu pernah memberi jasa serta lambang kejayaan yang besar kepada Rozmey.

Masalah timbul jelasnya, apabila kereta tersebut rosak dan menyerahkan kepada makanik yang merupakan kawan baiknya sendiri.

“Bila ‘sakit’ aku akan serah tugas untuk merawat kepada kawan rapat aku. Kerana ini adalah kepakaran dia dan harapkan yang terbaik untuk menjaga kereta ini.

“Harapan aku hanya tinggal angan-angan, kawan baik yang bersama aku selama 16 tahun itu tidak seperti yang diharapkan.

“2014 juga sama, aku sudah serahkan RM100,000 secara tunai kepadanya untuk merawat kereta ini. Di bawa ke Penang sehingga kereta ini jadi besi buruk kerana dia tidak bayar pada bengkel di sana,” tulisnya.

Katanya, kes tersebut telah dilaporkan dan terpaksa jual kuda merah itu pada harga RM80,000 bagi menutup hutang bank yang masih berbaki RM185,000 dengan bayaran sebelum ini RM9,800 sebulan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*