Terlopong bakal isteri minta wang hantaran RM30,000… Dah tak mampu, nak beristerikan doktor kenapa?

PROSES mendirikan rumah tangga ada kalanya tidak seindah seperti yang digambarkan.

Hakikatnya baru sahaja memasuki fasa perbincangan, sesetengah pasangan itu sudah berdepan ujian yang menyakitkan hati.

Begitulah luahan lelaki berusia 30 tahun ini yang berdepan dilema selepas menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita berkerjaya.

Tanpa mendedahkan usia perhubungan, dia memaklumkan kedua-dua mereka sudah berbincang mengenai fasa seterusnya, termasuklah soal perkahwinan.

“Saya tengah bercinta dengan seorang doktor ni. Tapi itulah, dia minta hantaran RM30,000,” katanya menerusi satu luahan di laman X.

Pemuda itu bagaimanapun tidak mendedahkan pekerjaan yang dilakukannya.

Bukan sekadar wang hantaran, malah pemuda tersebut turut mendedahkan sebenarnya banyak permintaan yang diusulkan kekasihnya selepas mereka berkahwin nanti.

“Lepas urusan kahwin, A hingga X dia nak aku urus sebab katanya, kakak-kakak dia semua suami masing-masing yang uruskan.

“Aku manalah mampu. Semoga dia dapat lelaki yang sekufu dengan dia,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya hairan dengan luahan pemuda itu yang mengeluh tentang bakal isterinya tanpa menyedari mereka bukan sekufu sejak awal hubungan.

“Lah dah tak mampu, kau demand nak (beristerikan) doktor kenapa? Pergilah bercinta dengan sama level.

“Dah tahu miskin, pergi letak sasaran nak kahwin doktor buat apa? Kena reject, sikit-sikit mengadu. Ramai je lagi perempuan B40 yang kau boleh create Disney happily ever after kau tu.

“Itu bukan tak sekufu, itu menyusahkan dan ciri-ciri queen control. Big red flag tu. Bagus kau angkat kaki je,” demikian antara komen warga maya.

Jika pemuda itu sanggup memenuhi permintaan kekasihnya, warga maya menyifatkan segelintir pengamal perubatan terlalu sibuk dan komitmen dengan pekerjaannya sehingga kurang masa untuk kehidupan peribadi.

“Dah kahwin, dia tinggal hang dok rumah seseorang sebab dia sibuk. Cari lainlah.

“Mahal, nanti dah kahwin dia bukan ada banyak masa dengan hang pun,” komen warga maya

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*