“Terlajak suci…” Netizen ‘korek’ gambar lama lelaki kecam arwah Adibah Noor

“Terlajak suci…” Netizen ‘korek’ gambar lama lelaki kecam arwah Adibah Noor.

Pemergian selebriti serba boleh, Adibah Noor nyata meninggalkan kesan mendalam dan meruntun emosi ramai individu terutama rakan artis.

Walaubagaimapun, satu komen di Facebook telah membuatkan orang ramai panas hati, ketika seorang pemuda meninggalkan satu ‘penghinaan’ buat arwah.

Komen dari Ibnu Ahmad Ar-Rayyan yang sangat biadap itu menaikkan kemarahan orang ramai. Namun, ketika carian dibuat, ternyata lelaki ini telah memadam akaun Facebooknya selepas dikecam teruk netizen.

Tidak terselamat, rupanya netizen lebih awal telah ‘buat kerja’ masing-masing dengan ‘mengorek’ gambar-gambar lama lelaki ini dan dipamerkan di media sosial untuk dijadikan tatapan umum.

Menurut netizen, komen lelaki tersebut yang menyentuh mengenai aurat Allahyarham Adibah Noor bagaikan ‘menepuk air di dulang, terkena muka sendiri’ apabila dia pernah memuat naik gambar tidak berbaju…

Komen lelaki berkenaan turut menarik perhatian aktivis dan peguam Siti Kassim yang berang dan menyifatkan lelaki ini berhati bangkai dan dipersetujui para netizen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*